Realme Notebook Air Kini Rasmi Dengan Cip Intel Generasi Ke-11

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme akhirnya melancarkan NoteBook Air yang merupakan komputer riba terkini mereka di China. Sesuai dengan namanya, komputer riba ini dilengkapi tubuh yang nipis dan ringan yang membuatkannya mudah digunakan dalam apa jua keadaan. Melaluinya, ia mempunyai berat sekitar 1.36kg dan ketebalan pula sekitar 14.9mm.

Seterusnya, Realme Notebook Air juga dilengkapi skrin 13.5-inci dengan resolusI 1920 x 1200 piksel dan nisbah aspek 16:10. Turut melengkapinya adalah cip Intel Core i3-1115G4 generasi ke-11 ditawarkan dengan pilihan memori 8GB LPDDR4x dan storan SSD sehingga 512GB. Sementara itu sebuah GPU Intel UHD turut disertakan.

Sebuah kamera web diletakkan pada bahagian bezel dengan resolusi 720P. Kemudian sistem audionya pula ditala oleh Harman Kardon dengan sokongan DTS. Tidak ketinggalan, bateri sebesar 54Wh yang menyokong pengecasan pantas 65W turut dimuatkan pada komputer riba ini. Untuk harga, ia dijual bermula RMB2,999(~RM1,977) (8GB/256GB) dan RMB3,299 (~RM2,176) (8GB/512GB).

komen


© Amanz / 2022 Kami