Pengeluar kamera terkemuka, Nikon kini akan menarik diri daripada mengeluarkan kamera SLR, dan lebih memfokuskan kepada penawaran digital seperti kamera nircermin (mirrorless).
Seperti ramai sedia maklum, kamera SLR keluaran Nikon sangat popular dan digunakan meluas oleh ramai jurugambar profesional seluruh dunia. Namun, dengan persaingan dari telefon pintar, ia memberikan kesan kepada perniagaan kamera Nikon.
Industri kamera SLR sendiri melihat pengucupan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan kamera nircermin telah mengatasi kamera SLR dari segi angka jualan. Kali terakhir Nikon mengeluarkan model SLR adalah pada Jun 2020, melalui model Nikon D6 SLR.
Buat masa ini, Nikon dijangka akan masih mengekalkan pengeluaran model SLR sedia ada seperti biasa, disamping turut memfokuskan kepada kamera nircermin.
- Sumber : Nikkei