Nokia 2660 Flip Dan 8210 4G Juga Turut Dilancarkan

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia 5710 XpressAudio telah dilancarkan hari ini dengan ciri menarik fon telinga nirwayar terbina. Bagi mereka yang ingin sebuah telefon selular biasa tanpa gimik, Nokia 2660 Flip dan Noka 8210 4G turut telah diumumkan hari ini.

Niokia 2660 Flip ialah sebuah telefon boleh lipat konvensional dengan sistem operasi Series S30+, dipadankan dengan skrin utama 2.8″ QVGA, skrin sekunder di luar 1.77″, cip Unisoc T107, kamera VGA dan bateri 1450 mAh yang boleh bertahan sehingga 20 hari.

Nokia 8210 4G pula dilengkapi skrin 2.8″ QVGA, dijana cip Unisoc T107, storan terbina 128MB, kamera VGA dan bateri 1450 mAh yang boleh bertahan sehingga 19 hari. Dari segi spesifikasi ia memang sama dengan 2660 Flip cuma dengan rekaan standard bukannya boleh lipat. Ia juga menggunakan sistem operasi Series S30+

Kedua-dua Nokia 2660 Flip dan Nokia 8210 4G dijual pada harga £64.99(~RM341) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami