Alat kawalan jauh yang mengunci atau membuka pintu kereta mula digunakan pada 1982 pada sebuah Renault Fuego. Ia kini menjadi ciri standard pada kereta yang dibeli kerana memudahkan kerja. Di Tesla, ciri yang sudah berusia 40 tahun ini tidak lagi akan diberikan kepada pembeli kereta buatan mereka.

Sejak 1 Julai lalu, kereta Tesla Model S dan Model X tidak lagi hadir dengan pemancar yang menyahkunci kereta secara automatik apabila mengesan pemilik berhampiran. Ini ialah sehampir mungkin Tesla kepada sebuah kunci fizikal.
Bagi pengguna yang masih ingin menggunakannya, mereka perlu membayar $175 (~RM776). Menurut Tesla langkah ini diambil selepas mendapati majoriti pelanggan tidak lagi menggunakan kunci fizikal sebaliknya lebih gemar menggunakan kunci digital pada telefon pintar.