Cari @ Amanz

Ciri gambar-dalam-gambar (PiP) membolehkan vide YouTube terus dimainkan dalam tingkap kecil pada peranti Android. Pada peranti iOS dan iPadOS, ciri ini pernah diuji sebelum ditarik. Hari ini YouTube mengumumkan ciri PiP akhirnya diberikan kepada pengguna iPhone dan iPad yang merupakan pelanggan Premium.

Mereka boleh menonton video dalam tingkap kecil bermula hari ini di peringkat global. Bagi bukan pelanggan Premium di Amerika Syarikat, hanya muzik video boleh dimainkan dalam mod PiP. Sokongan pada video lain tidak diberikan pada waktu ini. Hari ini akhirnya ciri yang sudah lama disokong pada Android akhirnya tiba ke ekosistem Apple.

Untuk mengaktifkan ciri ini, pelanggan Premium hanya perlu pergi ke Settings > General > Picture-in-picture dan aktifkannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd