Cari @ Amanz

Nurflix merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman video yang berasal dari Malaysia, dan memfokuskan kepada kandungan-kandungan mesra pengguna Muslim. Kini, selain daripada penawaran kandungan dalam bentuk video, mereka turut menyediakan sebuah perkhidmatan khas memfokuskan audio.

Dinamakan sebagai Nurcast, ia menyediakan gabungan kepada kandungan berbentuk podsiar, dan juga radio atas-talian.

Nurcast ditawarkan secara percuma, dan boleh diakses melalui web dan juga aplikasi mudah-alih di iPhone atau peranti Android.. Namun, melalui web, pengguna tidak boleh mengakses kandungan podsiar, dan hanya terhad kepada kandungan berbentuk radio atas-talian sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Nurcast hari ini, dan mengakses sejumlah kandungan podsiar memfokuskan pengguna beragama Islam melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd