Cari @ Amanz

Wakil Google kini berkongsi beberapa perkembangan baharu melibatkan trend, dan berkongsi mengatakan pengguna muda kini lebih berminat dengan kandungan berbentuk visual – sekaligus membuatkan mereka melakukan carian di platform lain.

Seperti ramai sedia maklum, untuk carian berkaitan lokasi, kebiasaan kita akan ke Google Search atau Google Maps. Tetapi, mengikut kajian dalaman Google sendiri, sekitar 40% pengguna muda memulakannya di Instagram atau TikTok.

Disamping itu, carian untuk produk pula, ramai akan ke Amazon (laman edagang di Amerika), berbanding melakukannya di Google. Trend sama juga mula dilihat diadaptasi di Malaysia melalui carian produk yang dilakukan di Shopee atau Lazada, dan bukannya Google. Tetapi, ini mungkin kerana integrasi carian produk yang tidak begitu menyeluruh di Google untuk pengguna Malaysia.

Instagram TikTok

Walaupun kebiasaannya ia akan membawa pengguna ke Google – sebagai contoh lepas menemui lokasi menarik, pengguna muda akan memulakan navigasi pada produk Google, tetapi apa yang membimbangkan adalah dimana sesuatu carian tidak bermula di platform Google sendiri.

Ini sekaligus memperlihatkan trend dimana TikTok dan Instagram bukan sahaja memberikan cabaran terhadap platform YouTube – tetapi juga pada platform carian Google. Permintaan tinggi untuk kandungan visual juga dijangka akan mengubah evolusi Google Search.

Disamping itu, antara trend lain yang turut berubah akhir-akhir ini pada carian Google adalah termasuk penggunaan input suara untuk carian, selain menggunakan imej untuk carian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd