Akaun Lofi Girl Kembali Semula Di YouTube Selepas Digantung Atas Tuntuan Hak Cipta Palsu

Diterbitkan pada July 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di YouTube, salah satu akaun yang turut mempunyai angka peminat tinggi adalah Lofi Girl. Melaluinya, ia menawarkan akses kepada lagu dan bunyi yang menenangkan – digunakan ramai ketika ingin tidur, belajar dan sebagainya.

Apa pun, pada minggu ini, ia telah difailkan tuntunan hak cipta oleh FMC Music, salah satu syarikat tempatan, sekaligus membuatkan akaun Lofi Girl berkenaan digantung.

Selepas hampir 48 jam, kini akaun Lofi Girl telah pun kembali beroperasi seperti biasa. Pihak YouTube juga mengatakan mereka telah menggantung akaun FMC Music kerana melakukan tuntunan palsu di YouTube.

Bercakap mengenainya, FMC Music mengatakan akaun mereka telah diceroboh dan melakukan tuntutan oleh penggodam berkenaan terhadap akaun Lofi Girl.

komen


© Amanz / 2022 Kami