BMW Mula Mengenakan Langganan Bulanan Untuk Ciri Pemanasan Kerusi Dan Kemaskini Pemetaan

Diterbitkan pada July 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Transaksi mikro memusnahkan industri permainan video dengan beberapa ciri yang dahulunya diberikan percuma kini dikenakan bayaran tambahan yang tidak masuk akal. Walaupun ia dibenci golongan gamer, kini transaksi mikro merebak pula ke industri permotoran.

BWM kini mengenakan langganan bulanan untuk ciri seperti pemanasan kerusi, kemas kini sistem pemetaan kenderaan, bantuan lampu tinggi, bunyi kereta lumba kereta elektrik dan banyak lagi. B Bayaran yang dikenakan adalah bermula daripada $12 sebulan sebulan atau membayar terus $415 untuk penggunaan berterusan sepanjang hayat.

Perkhidmatan langganan ini ditawarkan di Afrika Selatan, Jerman, New Zealand, dan United Kingdom sahaja pada waktu ini. Trend yang agak merisaukan kerana selalunya ciri-ciri tambahan ini diberikan terus dengan setiap pembelian kereta baharu. Ini adalah sama seperti pengeluar telefon pintar yang kini mula tidak menyertakan kepala pengecas dan fon kepala sedangkan dahulu ia ditawarkan secara percuma.

komen


© Amanz / 2022 Kami