Cari @ Amanz

Spotify mengumumkan mereka mengambil alih Heardle sebuah perkhidmatan teka-teki seakan Wordle. Perbezaannya ialah Heardle menggunakan klip audio pendek kemudian meminta pendengar lagi yang didengari. Hanya satu lagu perlu diteka setiap hari juga seperti Wordle.

Menurut Spotify, Heardle membolehkan pemain menguji pengetahuan muzik mereka, mendengar muzik yang mungkin telah lama tidak didengari dan mungkin menemui pemuzik baharu yang tidak pernah didengari sebelum ini.

Pada waktu ini Heardle di bawah Spotify hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat, Australia, Ireland, Kanada, New Zealand dan United Kingdom sahaja terlebih dahulu. Ia akan dikembangkan lagi ke pengguna global dengan sokongan bahasa selain Inggeris.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd