Cari @ Amanz

Seperti yang sedia maklum, konsol permainan Sony PlayStation 5 hadir dengan ciri dimana storan dalamannya boleh ditambahkan dengan SSD kedua yang sekurang-kurangnya hadir dengan storan SSD PCIe 4.0.

Terkini, Western Digital telah memperkenalkan storan SSD terbaru mereka yang merupakan storan SSD rasmi pertama yang dibangunkan untuk digunakan bersama-sama konsol Sony PlayStation 5. Ia dinamakan WD_BLACK SN850 NVMe SSD for PS5 Consoles yang merupakan sebuah storan SSD Western Digital Black SN850 yang sudahpun dilancarkan sebelum ini.

Sama seperti SSD WD Black SN850 sebelum ini, storan ini hadir dengan kadar pembacaan data sepantas 7000MB/s dan kadar penulisan data sepantas 5000MB/s. Storan SSD ini juga ditawarkan dalam pilihan storan 1TB dan juga 2TB.

Dari apa yang diketahui, perbezaan diantara SSD versi asal dan versi PlayStation 5 ini dapat dilihat pada bungkusannya, dimana ia memperlihatkan kotak dengan logo Sony PlayStation. Ia juga hadir dengan bongkah penyejukan untuk memastikan haba dapat dialirkan daripada storan SSD untuk memastikan ia beroperasi pada suhu optimum sepanjang masa.

SSD WD_BLACK SN850 NVMe SSD for PS5 Consoles ini sudah mula ditawarkan di beberapa pasaran terpilih pada harga $169.99 untuk model 1TB dan $279.99 untuk pilihan 2TB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd