Carian
China Cadang Penggunaan Kalendar “Bebas Agama” Untuk Era Eskplorasi Angkasa
July 13, 2022 Aman

Dengan perkembangan eksplorasi angkasa oleh pelbagai syarikat, kini China mencadangkan piawaian universal dalam memastikan gerakan masa adalah selari ketika berada di Bumi dan juga di planet lain – seperti Marikh.

Pada hari ini, di Bumi, kalendar berasaskan kepada agama digunakan secara meluas. Tetapi, ia mungkin sukar diimplementasikan ketika era eksplorasi angkasa.

Ini termasuk kerana pergerakkan mengelilingi matahari yang berbeza, pergerakkan bulan berbeza, dan beberapa faktor lain. Disamping itu, ia juga dikatakan ia mengambil masa antara 3 minit ke 22 minit untuk selarikan isyarat radio antara Marikh ke Bumi. Peredaran dan putaran antara planet juga berbeza-beza serta sentiasa berubah.

China mencadangkan penggunaan titik pusat atau baripusat dalam menentukan kordinat dan juga detik pulsar yang berasal dari sesuatu bintang neutron. Perkara ini dijangka akan menentukan bagaimana masa dan tarikh ditentukan

Hal ini juga akan membawakan perbezaan kiraan tarikh dan masa daripada apa yang digunakan di Bumi pada hari ini. Ia juga akan mengalami cabaran seperti detik pulsar yang akan dipilih, isyarat yang akan dipilih dalam menjadikan ia sebagai piawaian.

Dengan era eksplorasi angkasa yang semakin giat, kita mungkin akan melihat sebuah piawaian ditetapkan, sekaligus memperlihatkan permulaan kalendar angkasa yang serba baharu digunakan.

Komen