Honor X40i Dilancarkan Dengan Dimensity 700 Dan Kamera 50MP

Diterbitkan pada July 13, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor X40i akhirnya dilancarkan secara rasmi di China. Tampil dengan tubuh berkotak dan skrin rata, di samping turut dihiasi dengan panel belakang yang dipenuhi dengan kemasan menarik. Salah satu daripadanya dilengkapi motif berbentuk berlian.

Untuk spesifikasi, Honor X40i menggunakan skrin sebesar 6.7-inci LTPS LCD FHD+ dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 93.6%. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 700, memori mencapai 12GB, storan dalaman sehingga 256GB dan menjalankan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12.

Turut melengkapinya adalah sistem dwi-kamera dengan konfigurasi 50MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Bateri pula sebesar 4,500mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 40W. Lain-lain spesifikasi termasuklah port USB-C, bluetooth 5.1, GPS dan sebagainya.

Untuk harga, Honor X40i dijual di China pada RMB1,599 (~RM1054) (8GB/128GB), RMB1,799 (~RM1186)(8GB/256GB) dan RMB1,999 (~RM1319) (12GB/256GB). Terdapat empat pilihan warna yang disediakan seperti Pink, Silver, Green dan Black.

komen


© Amanz / 2022 Kami