Amazfit kini hadir dengan GTS 4 Mini yang merupakan model kemas kini untuk GTS 2 Mini. Ia dilengkapi muka jam berbentuk segi empat dengan satu butang fizikal di sisi. Keseluruhan tali diperbuat daripada silikon yang dipadankan dengan lubang di belakang cangkuk untuk menyorokkan tali yang berlebihan.

Untuk lebih khusus, Amazfit GTS 4 Mini dilengkapi skrin sesentuh AMOLED sebesar 1.65-inci dengan 336 X 384 piksel dana 309 ppi. Ia juga dilengkapi BioTracker 3.0 PPG yang ditambahbaik bertujuan mengukur kadar degupan jantung dan oksigen dalam darah dengan lebih tepat. Lebih 126 pilihan mod sukan disediakan dan 7 daripadanya melibatkan pergerakan.

Bateri 270mAh yang dimuatkan mampu beroperasi sehingga 15 hari untuk penggunaan biasa dan 8 hari untuk penggunaan berat. Seterusnya, ia boleh meningkat menjadi 45 hari dengan mod penjimatan yang diaktifkan. Tidak ketinggalan, ia turut melepasi penarafan kalis air 5 ATM yang boleh dibawa berenang.
Amazfit GTS 4 Mini dijual pada US$119.99 (~RM532) dengan beberapa pilihan warna seperti Mint Blue, Flamingo Pink, Mignight Black dan Moonlight White.
- Sumber
- Sumber – Amazfit