Cari @ Amanz

Nokia kini hadir dengan penawaran sebuah tablet baharu. Melaluinya, Nokia T10 telah diperkenalkan dengan skrin sebesar 8-inci dan cip Unisoc T606. Dalam masa sama, ia turut boleh didapati dalam dua variasi yang merangkumi sokongan LTE dan Wi-Fi.

Untuk spesifikasi khusus, Nokia T10 menggunakan skrin 8-inci LCD beresolusi HD (1280 X 800 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 12 dan Nokia menjanjikan kemas kini selama dua tahun untuknya bersama 3 tahun pula untuk sekuriti.

Bateri 5,250mAh yang dimuatkan turut menyokong sistem pengecasan 10W. Port sambungan pula sejenis USB-C. Tetapi ketiadaan sokongan untuk bicu audio 3.5mm jelas menunjukkan aksesori tambahan atau fon telinga nirwayar diperlukan untuk mendengar audio.

Turut melengkapi tablet juga adalah kamera utama sebesar 8MP dan kamera swafoto 2MP. Untuk harga, Nokia T10 (Wi-Fi) dijual pada USD159 (~RM705), sementara itu tiada maklumat untuk model LTE.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd