Cari @ Amanz

Realme telah mengemaskini rangkaian aksesori audion keluarannya dengan produk baharu. Melaluinya, Realme Buds Air 3 Neo telah diumumkan dengan kebolehan beroperasi sehingga 30 jam. Di samping itu, ia merupakan fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga dengan rekaan tubuh bertangkai panjang.

Panel kawalan sesentuh turut disertakan padanya untuk penggunaan yang pelbagai. Seterusnya, sepasang pemandu audio sebesar 10mm turut digunakan pada fon telinga ini. Bersama-sama dengannya sokongan ENC untuk pengurangan bunyi hingar digital dan mod latensi rendah 88ms juga disertakan.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.2. Dalam masa sama, ia turut mempunyai kalis percikan IPX5 untuk pelindungan tambahan. Realme Buds Air 3 Neo dijual pada RMB149 (~RM98) dengan pilihan warna seperti Starry Night Blue dan Streamer White.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd