China agak aktif dalam memperkenalkan pelbagai penawaran baharu, dan terkini mereka turut memperkenalkan sut hazmat yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Dengan langkah ini, ia memberikan keselesaan kepada pemakai, dan tidak kepanasan apabila terpaksa memakainya untuk tempoh lama.
Pakaian yang dilengkapi pendingin hawa ini adalah seberat sekitar 3 kilogram, dan boleh mengawal suhu antara 16 ke 25 darjah Celsius. Pada pengecasan penuh, pakaian ini boleh beroperasi dengan pendingin hawa selama 3 jam lamanya.
Pakaian ini ditujukan kepada pekerja barisan hadapan yang perlu bertugas untuk waktu lama memakai sut hazmat, terutamanya ketika melibatkan pengurusan dan kawalan Covid-19. Selain itu, ia juga sesuai untuk pekerja industri lain.
Penawaran ini dijangka berharga sekitar 8888 yuan, iaitu sekitar RM5.8k untuk setiap satu, selain versi Pro juga dijangka akan menyusul.
- Sumber : SCMP