Cari @ Amanz

Menjadi ibu bapa di zaman moden adalah mencabar kerana teknologi memudahkan akses kepada kandungan kurang sesuai yang dahulunya sukar ditemui di Malaysia. TikTok sebagai platform penstriman video yang popular di kalangan remaja memperkenalkan Content Level bagi memudahkan proses menghalang kandungan yang mungkin tidak sesuai.

Content Level sama seperti sistem pengelasan U, PG, dan 18PL yang digunakan oleh Lembaga Penapisan Filem di Malaysia. Ia mengesan kandungan secara automatik bagi memastikan kandungan yang menakutkan, seram atau tidak sesuai dapat ditapis sebelum dilihat pengguna bawah 18 tahun.

Dalam bulan-bulan mendatang lebih banyak pilihan saringan kandungan akan diberikan kepada pengguna. Sekiranya cuba dilihat, skrin akan memaparkan notifikasi bahawa video dihalang kerana had umur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd