Qualcomm Mengacah Kehadiran Cip Snapdragon Wear Baharu

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Snapdragon Wear 2100 adalah cip yang diolah semula daripada Snapdragon 400. Ia adalah cip pemprosesan dengan rekaan 28nm untuk jam tangan pintar. Cip ini gemar digunakan oleh ramai pengeluar jam Wear OS dan diteruskan pula dengan pengganti iaitu Snapdraghon Wear 3100.

Tetapi, pengalaman penggunaan jam Wear OS masih lebih kurang sama kerana rekaan cip yang usang dan tidak efisien. Selepas Qualcomm melancarkan Snapdragon Wear 4100 dan 4100+, Wear OS semakin berguna dengan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan hebat kerana cip dibina dengan rekaan 12nm.

Qualcomm, baru-baru ini mengacah yang mereka bakal hadir dengan cip baharu untuk jam tangan pintar. Cip ini mungkin adalah Snapdragon Wear 5100 yang menjanjikan pengalaman lebih baik, prestasi lebih pantas dan harapnya akan mesra dengan Wear OS 3.0.

Tetapi Qualcomm mungkin akan mengubah nama cip ini agar selari dengan Snapdragon 8 Gen 1 atau Snapdragon 7 Gen 1. Turut tidak pasti jika cip ini akan dibina dengan rekaan 5nm seperti Samsung Exynos W920 yang telah membuktikan antara cip paling hebat dan efisien berbanding Wear 4100 pada Galaxy Watch4.

komen


© Amanz / 2022 Kami