Switzerland Akan Membina Terowong Bawah Tanah Untuk Kenderaan Kargo Swapandu

Diterbitkan pada July 14, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kenderaan swapandu akan menjadi pemandangan harian yang normal dalam masa terdekat. Tetapi beberapa percubaan yang dilakukan menunjukkan terdapat isu apabila kenderaan swapandu beroperasi dengan kenderaan biasa dan pejalan kaki. Di Switzerland, sistem terowong bawah tanah khusus untuk kenderaan swapandu akan dibangunkan menjelang 2031.

Cargo Sous Terrain ialah terowong sepanjang 70 kilometer yang menyabungkan Zurich dan Härkingen/Niederbipp. Terdapat 10 hentian yang akan menjadi pusat pengagihan kargo ke kawalan berhampiran. Terowong selebar 6 meter akan dilengkapi tiga lorong dengan pod swapandu elektrik akan beroperasi pada kelajuan 30 km/j. Kuasa akan dibekalkan menerusi teknologi aruhan nirwayar di bawah setiap lorong.

Kos pembinaan fasa pertama Cargo Sous Terrain mencecah CHf 3 bilion (~RM 13.57 bilion) dan sekiranya ia berjaya terdapat perancangan untuk mengembangkan rangkaian ke seluruh Switzerland sepanjang 500km. Pihak pembangun CST berharap dengan wujudnya sistem mereka jalan raya tidak akan lagi dipenuhi kenderaan sekaligus mengurangkan kesesakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami