Cari @ Amanz

Twitter telah mengeluarkan laporan aktiviti gaming di platform mereka untuk separuh tahun pertama 2022. Antara datang dikongsi ialah permainan yang paling popular, negara paling aktif menghantar ciapan mengenai gaming, pasukan esukan paling popular, selebriti gaming paling popular dan banyak lagi.

Yang kami rasakan menarik ialah Thailand, Indonesia dan Filipina tersenarai sebagai antara 10 negara yang paling banyak menghantar ciapan mengenai permainan video dengan Jepun di tangga teratas.
Permainan paling popular pula ialah Genshin Impact diikuti pula oleh Wordle. Senarai lengkap aktiviti permainan video di Twitter pada separuh tahun pertama 2022 adalah seperti di bawah.

Negara Paling Banyak Menghantar Ciapan Mengenai Permainan Video

  1. Jepun
  2. Amerika Syarikat
  3. Korea Selatan
  4. Thailand
  5. Indonesia
  6. Brazil
  7. Filipina
  8. India
  9. United Kingdom
  10. Mexico

Permainan Video Dengan Ciapan Paling Tinggi

  1. Genshin Impact (@GenshinImpact)
  2. Wordle
  3. Ensemble Stars! (@ensemble_stars)
  4. Final Fantasy (@FinalFantasy)
  5. Project Sekai (@pj_sekai)
  6. Apex Legends (@PlayApex)
  7. Elden Ring (@ELDENRING)
  8. Fate/Grand Order (fgoproject)
  9. Valorant (@PlayVALORANT)
  10. The Legend of Zelda (@NintendoAmerica)

Atlet Esukan Dengan Ciapan Tertinggi

  1. FalleN (@FalleNCS)
  2. TenZ (@TenZOfficial)
  3. Nobru (@nobru)
  4. Fnx (@linfnx)
  5. Rekkles (@RekklesLoL)
  6. Cabochard (@CabochardLoL)
  7. S1mple (@s1mpleO)
  8. Mixwell (@Mixwell)
  9. Scump (@scump)
  10. Hungrybox (@LiquidHbox) 

Pasukan Esukan Dengan Ciapan Tertinggi

  1. Loud Esports (@LOUDgg)
  2. Karmine Corp (@KarmineCorp)
  3. Crazy Raccoon (@crazyraccoon406)
  4. FaZe Clan (@FaZeClan)
  5. paiN Gaming (@paiNGamingBR)
  6. G2 Esports (@G2esports)
  7. T1 (@T1)
  8. Los Grandes (@losgrandesgg)
  9. Fnatic (@FNATIC)
  10. Furia Esports (@FURIA)

Liga Esukan Dengan Ciapan Tertinggi

  1. Campeonato Brasileiro de League of Legends (@CBLOL)
  2. Apex Esports (@PlayApexEsports)
  3. League of Legends Champions Korea (@LCK)
  4. Call of Duty League (@CODLeague)
  5. Overwatch League (@overwatchleague)

Personaliti Permainan Video Dengan Ciapan Tertinggi

  1. Colon (@Colon56N)
  2. Sapnap (@sapnap)
  3. Dream (@Dream)
  4. Ibai Llanos (@IbaiLlanos)
  5. Juan S Guarnizo (@JuanSGuarnizo)
  6. AuronPlay (@auronplay)
  7. Felipe Neto (@felipeneto)
  8. Junichi Kato (@unkochan1234567)
  9. GeorgeNotFound (@GeorgeNotFound)
  10. Rubén Gundersen (@Rubiu5)
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd