Carian
Singapura Dijangka Tawar Teksi-Terbang Menjelang 2024
July 14, 2022 Aman

Kelak, anda boleh menggunakan teksi-terbang di Singapura untuk menikmati pemandangan dari udara, atau ke sesuatu lokasi dengan mudah tanpa tersangkut dalam kesesakkan lalu-lintas.

Volocopter kini dijangka menawarkan perkhidmatan teksi-terbang di Singapura, untuk laluan sepanjang 12 kilometer, dan dijangka beroperasi pada pertengahan 2024 kelak.

Teksi-terbang yang akan digunakan Volocopter ini dijangka tawar kelajuan sekitar 90km/j, dan beroperasi untuk jarak sejauh 35km dengan pengecasan penuh.

Buat masa ini, ia masih menantikan proses pengesahan daripada pihak berkuasa Singapura. Sekiranya berjalan lancar, mereka akan menawarkan penerbangan dari Marina South ke Marina Reservoir yang mengambil masa sekitar 15 minit.

Disebabkan oleh Singapura tiada kesesakkan jalan raya yang melampau, teksi-terbang akan digunakan untuk tujuan pelancongan terlebih dahulu. Model berkenaan juga akan dikaji dan data daripadanya akan digunakan dalam pembangunan bandar pintar mesra penerbangan kelak.

Komen