Cari @ Amanz

Mengikut data terbaru daripada penyedia aplikasi pemantauan kanak-kanak Qustodio, ia dilihat para pengguna kanak-kanak dan juga remaja kini menghabiskan masa lebih lama menontong video di TikTok berbanding dengan YouTube.

Pada penghujung 2021 lepas, mengikut data, ia dilihat pengguna berusia 4 tahun ke 18 tahun menghabiskan masa secara purata 91 minit sehari pada TikTok, sementara hanya 56 minit sehari pada YouTube.

Format baharu yang dipopularkan oleh TikTok sendiri sedia membuatkan ramai pengguna lebih selesa menggunakannya dalam menikmati kandungan. Malah, platform seperti YouTube turut hadir dengan penawaran lebih kurang dinamakan YouTube Shorts, sementara Instagram pula memperkenalkan ciri sama dinamakan Instagram Reels.

Sebelum ini, YouTube telah mengatakan YouTube Shorts memperlihatkan penggunaan yang tinggi dikalangan pengguna – tetapi tidak diketahui sama ada ia memadai untuk mencabar dan mengatasi TikTok atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd