Kuo – Hanya iPhone 15 Pro Max Akan Dilengkapi Kamera Zum Periskop
Effi Saharudin
Kita hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum siri iPhone 14 dilancarkan secara rasmi oleh Apple. Walaupun peranti belum dilancarkan, ura-ura mengenai iPhone 15 telah mula didengari sekali lagi dari penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo.

Menurut beliau sistem kamera periskop akan digunakan oleh iPhone akhirnya tetapi hanya pada model iPhone 15 Pro Max. Tambah beliau sistem kamera periskop dipadankan dengan sensor 1/3″ 12MP dengan lensa f/2.8. Sistem penstabilan sensor shift akan dikekalkan tetapi kali ini kamera mampu melakukan zum digital sehingga 6X dengan baik. Kemudian pada iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max, barulah kedua-dua peranti ini akan dilengkapi mekanisme zum periskop. Model lain akan hanya menggunakan zum digital.
Prestasi kamera ini masih di belakang Galaxy S22 Ultra yang boleh melakukan zum optikal sehingga 10X secara nirhilang. Strategi hanya memberikan ciri paling mercu pada model premium diteruskan oleh Apple. Sebelum ini penggunaan Sensor Shift hanya diberikan pada model iPhone 12 Pro sebelum dikembangkan kepada semua model iPhone 13.
[sumber] Sumber – @mingchikuo [/sumber]