WhatsApp Sedang Menguji Ciri Kongsi Mesej Suara Melalui WhatsApp Status

Diterbitkan pada July 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ciri Stories pada Snapchat membuatkan banyak perkhidmatan media sosial salin ciri ini dan hadir dengan versi klon masing-masing. Instagram ada, Facebook ada, WhatsApp melalui Status atau Twitter melalui Fleets yang kini sudah mati.

Aplikasi pemesejan popular WhatsApp, kini sedang menguji ciri Status baharu. Status sehingga hari ini hanya membenarkan pengguna berkongsi GIF, imej, video atau memasukkan apa jua teks. Ciri baharu yang sedang diuji ini adalah berkongsi mesej suara.

Seperti dalam ruang sembang utama, mesej suara ini turut akan disulitkan dan tidak boleh diakses oleh sesiapa. Pengguna juga mungkin boleh kongsi mesej suara yang diterima dan terus kongsi ke Status. Buat masa ini, tidak pasti bila WhatsApp akan mengedarkan ciri ini kepada semua dan adakah ia akan digunakan oleh ramai orang?

Twitter yang sudah sekian lama menguji ciri ciapan suara melalui Twitter Voice untuk iOS sehingga hari ini belum masih boleh diakses oleh semua dan ditawarkan kepada lebih banyak platform. Perbualan audio seperti Clubhouse dilihat tidak begitu popular, jadi adakah ini cara baharu untuk suara dikongsi ke platform sosial?

komen


© Amanz / 2022 Kami