OpenSea – Laman Jual-Beli NFT Membuang 20% Tenaga Kerja Disebabkan Ketidakstabilan Ekonomi

Diterbitkan pada July 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Laman jual-beli NFT terbesar dunia, OpenSea kini mengumumkan mereka akan mengurangkan sebanyak 20% tenaga kerja mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh penurunan nilai kriptowang secara keseluruhan, disamping disebabkan ketidakstabilan ekonomi kebelakangan ini.

OpenSea turut mengatakan langkah ini akan membolehkan mereka beroperasi untuk tempoh yang lama dengan dana sedia ada. Pekerja yang dihentikan dijangka akan diberikan pampasan serta perlindungan kesihatan untuk suatu tempoh masa.

Apa yang agak mengejutkan adalah kerana hanya pada bulan Januari lepas OpenSea telah meraih suntikan dana sebanyak $300 juta.

Pengumuman OpenSea ini hadir selari dengan beberapa syarikat berkaitan kriptowang yang memfailkan muflis, serta mengurangkan tenaga kerja pada syarikat masing-masing.

komen


© Amanz / 2022 Kami