ChromeOS Flex Memberi Nafas Baru Kepada Komputer Lama Anda

Diterbitkan pada July 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sistem operasi Google, ChromeOS secara lazimnya tidak memerlukan komputer dengan spesifikasi berkuasa untuk digerakkan. Secara ringkasnya, ia adalah sebuah sistem operasi yang menggunakan teknologi pelayar web untuk menggerakkan pelbagai fungsi dan aplikasi.

Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan ChromeOS Flex, iaitu sebuah perisian yang boleh digunakan untuk memasang sistem operasi ChromeOS pada komputer-komputer lama yang mungkin terlalu perlahan untuk menggerakkan sistem-sistem operasi seperti Microsoft Windows ataupun MacOS.

ChromeOS Flex juga secara teknikalnya bukanlah sesuatu yang baru. Setelah mengambil-alih Neverware, syarikat yang bertanggungjawab untuk membangunkan perisian sama yang dinamakan CloudReady, Google telah menguji ChromeOS Flex bermula awal tahun ini pada 400 komputer riba daripada pelbagai jenama dan telah melenyapkan 600 isu pada perisian tersebut, dan kini sedia digunakan oleh orang ramai.

Buat masa ini, ChromeOS Flex nampaknya hanya ditawarkan untuk bahagian IT syarikat-syarikat ataupun institusi pengajian, khusus untuk organisasi yang dilihat masih lagi menggunakan komputer-komputer yang mungkin tidak mempunyai spesifikasi terbaru dan terhebat.

Selain daripada memanjangkan hayat komputer-komputer riba, penggunaan ChromeOS juga dikatakan boleh mengurangkan masalah perisian tebusan yang dilihat membelenggu banyak syarikat-syarikat kecil dan besar hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami