Cari @ Amanz

Realme kini mula mengacah kehadiran beberapa produk baharu. Acara pelancaran untuknya bakal diadakan di India dan dijadualkan berlangsung pada 18 Julai 2022. Laman iklan rasmi turut telah diterbitkan yang menunjukkan antara produk yang bakal diumumkan terdiri dengan aksesori audio dan peranti boleh-pakai. Ini termasuklah Realme Watch 3 yang pernah tertiris sebelum ini.

Seperkara yang menarik di sini, Realme turut memberi bayangan kemungkinan hadir dengan monitor tersendiri. Ia dapat diperhatikan menerusi produk terakhir yang diperlihat menerusi laman iklan berkenaan. Melaluinya, ia menunjukkan gambaran sebuah monitor dengan bahagian skrin yang digabungkan dengan tapak paparan. Sama ada ianya betul atau sebaliknya, produk ini bakal didedahkan sepenuhnya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd