Windows 12 Mungkin Diperkenalkan Pada 2024 – Versi Baru Setiap Tiga Tahun Sekali?
July 15, 2022
Microsoft
Aman
Microsoft kini dilaporkan mengubah latar masa pembangunan dan juga sokongan produk mereka, sekaligus kembali kepada pengenalan kemaskini utama sistem operasi tiga tahun sekali.
Dengan langkah ini, ia sekaligus mungkin membuatkan kita melihat pengenalan Windows 12 seawal 2024 – tiga tahun selepas pengenalan Windows 11 pada 2021 lepas.

Disamping itu, Microsoft juga dijangka memperkenalkan ciri-ciri utama baharu lebih kerap pada sistem operasi mereka, tanpa menantikan kemaskini pada versi sistem operasi.
Buat masa ini, info penuh mengenai sistem operasi akan datang masih tidak diketahui lagi.
[sumber]Sumber : WindowsCentral[/sumber]