Carian
ZTE
Rekaan Nubia Z40S Pro Diperlihatkan Sepenuhnya – Pelancaran Pada 20 Julai
July 15, 2022 Amy Maizuraa

Nubia Z40S Pro bakal dilancarkan di China pada 20 Julai 2022. Sudah menjadi kebiasaan apabila pelancaran semakin hampir, lebih banyak maklumat bakal didedahkan. Misalnya seperti reka bentuknya kini diperlihatkan sepenuhnya menerusi poster baharu.

Ia menunjukkan peranti kelak ditawarkan dalam beberapa pilihan warna seperti hitam dan hijau. Dalam masa sama, terdapat juga variasi edisi terhad menarik yang bakal ditawarkan bersama.

Seterusnya, panel belakang lengkap dengan sistem tri-kamera. Ia dipadankan dengan satu sensor gergasi, di samping dua lagi sensor lain. Salah satu daripadanya sensor berbentuk empat segi yang memberi gambaran ia mungkin mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Turut melengkapinya, LED Flash berbentuk bulat seakan yang terdapat pada Oppo Reno8 Pro.

Tubuh pula sejenis berkotak dengan penggunaan skrin rata yang berlubang dan saiz bezel nipis. Sebagai tambahan, ia turut dimuatkan dengan butang bahu fizikal yang boleh dikostumasi untuk tangkapan gambar. Ia diletakkan pada sisi kanan bersama dengan butang kuasa. Seterusnya, sisi bertentangan pula terdapatnya butang laras audio.

Tidak ketinggalan, peranti kelak turut akan dibekalkan dengan konfigurasi kamera utama 64MP + 50MP + 8MP dan bateri 5000mAh. Seperti biasa, penawaran penuh bakal terjawab selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Komen