Samsung Galaxy M13 5G telah dilancarkan secara rasmi di India. Ia merupakan peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 700, di samping turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti besar 5000mAh. Ia juga menggunakan panel hadapan bertakuk kecil dengan saiz 6.5-inci LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.
Sementara itu, panel belakang pula memuatkan sistem dwi-kamera utama dengan konfigurasi 50MP + 2MP. Kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah variasi memori sehingga 6GB, storan dalaman mencapai 128GB, sistem pengecasan 15W, menjalankan One UI Core 4 berasaskan Android 12 dan sebagainya. Untuk harga, Samsung Galaxy M13 5G dijual bermula INR 13,999 (~RM779).