Elon Musk Mohon Penangguhan Perbicaraan Saman Twitter Di Mahkamah

Diterbitkan pada July 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Drama melibatkan Elon Musk dan Twitter berterusan. Terbaru, pasukan Elon Musk dilaporkan memohon penangguhan perbicaraan kes saman Twitter terhadap Elon Musk sehingga ke tahun 2023 kelak.

Elon Musk sebelum ini telah membatalkan pembelian Twitter, dan disebabkan itu, Twitter telah memfailkan saman ke atas Elon Musk. Malah, Twitter turut memohon perbicaraan dipercepatkan ke bulan September – memandangkan perjanjian awal Elon Musk dan Twitter akan berakhir pada 24 Oktober 2022.

Namun, kini, pasukan Elon Musk dilihat memohon sehingga 13 Februari 2023 untuk perbicaraan diadakan di mahkamah. Sebab disebaliknya tidak dinyatakan.

Elon Musk sebelum ini mengatakan Twitter tidak menyediakan data secukupnya kepada pasukan merreka dalam mengenal-pasti kadar akaun palsu pada perkhidmatan tersebut. Perkara berkenaan dikatakan tidak tepat oleh Twitter, dan telah memfailkan saman ke atas Elon Musk untuk meneruskan pengambil-alihan perkhidmatan media sosial tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami