Rusia Mengharamkan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Diterbitkan pada July 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Presiden Rusia, Vladimir Putin kini telah meluluskan undang-undang baharu dinegara tersebut, yang akan mengharamkan penggunaan aset digital sebagai medium atau kaedah pembayaran di Rusia.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengharamkan penggunaan kriptowang dan juga NFT sebagai salah satu bentuk pembayaran dalam negara tersebut.

Sebelum ini, Bank Negara Rusia telah meminta untuk pengharaman kriptowang pada bulan Januari lepas, dan ketika itu ia menerima pelbagai reaksi berbeza daripada rakyat dan kementerian di sana.

Dengan kelulusan perundangan baharu ini, ia sekaligus memberikan pegangan berkaitan apakah pendirian Rusia dalam arena kriptowang ini. Perundangan baharu ini akan mengambil masa sekitar 10 hari sebelum diaktifkan sepenuhnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami