Carian
Topeng Oksigen Untuk Haiwan Peliharaan Kini Diuji Bomba London
July 16, 2022 Effi Saharudin

Bagi sesetengah pemilik, haiwan peliharaan adalah sebahagian daripada anggota keluarga. Mereka dilayan seperti manusia dan kematian mereka diratapi seperti ahli keluarga sebenar. Dalam situasi kecemasan, mereka berharap pasukan bantuan kecemasan boleh memberikan bantuan sewajarnya. Pasukan bomba di beberapa daerah di London kini melakukan ujian penggunaan topeng oksigen untuk haiwan peliharaan.

Topeng hadir dalam tiga saiz membolehkan ia digunakan oleh anjing, arnab, kucing, tikus, dan ular. Jabatan bomba London terlibat dalam lebih 100 insiden kebakaran yang melibatkan haiwan peliharaan sejak 2019. Dengan adanya topeng khusus untuk mereka, nyawa haiwan peliharaan dapat diselamatkan.

Sudah terdapat beberapa video tular ahli bomba menyelamatkan kucing dan anjing menerusi bantuan mulut ke mulut sebelum ini. Sekiranya ujian berjaya, kit topeng oksigen ini akan diberikan kepada kesemua pasukan bomba di London.

Komen