Cari @ Amanz

Fob kunci yang digunakan pada kereta moden Honda membolehkan menyahkunci tanpa menekan butang, mengunci kereta secara automatik apabila bergerak jauh dari kereta dan menghidupkan enjin dari jarak jauh. Tetapi dengan kecanggihan fob kunci, wujud masalah kerentanan sekuriti yang boleh mengakibatkan kereta keluaran Honda boleh dicuri.

Kerentanan yang diberikan nama Rolling-Pwn ditemukan oleh penyelidik dari Star-V Lab Kevin2600 dan Wesley. Ia ditemukan pada kesemua fon kunci kenderaan Honda yang dikeluarkan dari tahun 2012-2022. Sistem sepatutnya mengubah kod pengesahan secara rawak setiap kali proses kunci dan nyahkunci dilakukan oleh pemilik. Tetapi kerentanan menyebabkan penggodam boleh menggunakan kod lama dari sesi terdahulu dicuri untuk menyahkunci serta menghidupkan kenderaan.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada Gizmodo, Honda mengatakan untuk kepakaran yang tinggi diperlukan dan penggodam berada pada jarak yang dekat. Oleh sebab itu pemilik kenderaan Honda tidak perlu risau tentang keselamatan pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd