Cari @ Amanz

Nothing kini menjadualkan pengenalan telefon pintar terbaru mereka, Nothing Phone (1) untuk pasaran Malaysia secara rasminya pada 20 Julai ini.

Nothing Phone (1) hadir dijana dengan cip Snapdragon 778G+, menggunakan skrin OLED pada kadar segar semula 120Hz, serta kamera utama 50-megapixel. Ia menerima perhatian kerana rekaannya yang menyertakan sistem pencahayaan LED yang unik pada bahagian belakang.

Harga jualan Nothing Phone (1) telah sedia dikongsikan sebelum ini, dimana model 8GB RAM + 256GB storan ditawarkan pada harga RM2399.

Buat masa ini, tarikh jualannya tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya, termasuk tarikh jualan pada pelancaran rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd