G-Shock GMW-B5000TVB Dilancarkan Dengan Tubuh Dan Tali Titanium Pada Harga RM7650

Diterbitkan pada July 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jam tangan Casio G-Shock GMW-B5000TVB telah dilancarkan di Malaysia dan ia adalah agak unik kerana bahagian tubuh dan tali jam adalah diperbuat daripada bahan titanium sepenuhnya. Secara lazimnya jam tangan G-Shock menggunakan bahan getah pada tubuh dan silikon pada tali.

Untuk membuatkan G-Shock GMW-B5000TVB semakin unik ialah ia mempunyai rekaan celoreng digital tiga warna hitam, kelabu dan coklat. Saiz tubuh adalah 49.3mm dan ia turut dilengkapi panel kristal nilam untuk muka jam. Jam boleh dicas menggunakan solar dengan ia boleh bertahan sehingga 10 bulan walaupun di dalam gelap ataupun 22 bulan dengan mod penjimatan tenaga.

Ciri standard ketahanan dibawa menyelam sehingga 200 meter, tahan hentakan, jam randik, 39 zon masa, sistem lampu Illuminator LED dan ia boleh ditambat ke telefon pintar menggunakan bluetooth. Paparan masa juga boleh diubah secara automatik menggunakan sistem frekuensi radio.

Di Malaysia Casio G-Shock GMW-B5000TVB dijual pada harga RM7650 seutas menerusi laman rasmi G-Shock.

komen


© Amanz / 2022 Kami