Kereta Konsep Pertama Xiaomi Akan Diperlihatkan Ogos Ini

Diterbitkan pada July 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi dijangka akan memperlihatkan kereta elektrik konsep pertama mereka pada Ogos ini menurut laporan media China. Konsep dihasilkan HVST Automobile Design dengan pengasas Xiaomi Lei Jun turut dikatakan menghabiskan 2/3 masa beliau di pejabat Xiaomi EV bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar.

Selepas Xiaomi EV diumumkan secara rasmi pada September tahun lalu, syarikat bertungkus lumus membangunkan kereta elektrik pertama mereka bagi mengejar tarikh pelancaran pada tahun 2024. Pada peringkat awal kilang akan menghasilkan 150,000 kereta setahun sebelum dipertingkatkan untuk mengeluarkan 300.000 kereta setahun.

Kereta elektrik pertama adalah dalam segmen A+ dengan harga jualan antara RMB 150,000 ke 200,000 (RM 99,000 – 131,000) serta hadir dengan teknologi swapandu Tahap 2. Kemudian kereta segmen B akan dilancarkan dengan harga antara RMB 200,000 ke 300,000 (~RM 131,000 – 197,000) serta hadir dengan kemampuan swapandu Tahap 3.

komen


© Amanz / 2022 Kami