Cari @ Amanz

Dbrand merupakan salah satu penyedia “skin” atau pelekat untuk kerangka belakang telefon pintar, sekaligus memberikan nafas baharu dan sedikit perbezaan rekaan pada telefon pintar anda.

Kini, dengan ramai yang menyukai rekaan kerangkaa belakang Nothing Phone (1), pihak Dbrand turut hadir dengan penawaran mereka tersendiri dinamakan Something.

Ia menawarkan gaya rekaan seumpama telefon Nothing Phone (1), tetapi tanpa pencahayaan LED. Bagi pengguna peranti sedia ada yang menyukai rekaan tersebut, boleh mendapatkan skrin ini dan menggunakannya pada telefon masing-masing.

Selain dalam bentuk “skin”, Dbrand juga turut menawarkan kerangka luar dengan rekaan tersebut. Dbrand menawarkan pelekat ini pada harga bermula $25, iaitu sekitar RM111, atau kerangka bermula $49, iaitu sekitar RM222.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd