Jikalau Maybank sedia menawarkan MAE, kini Bank Islam hadir dengan penawaran mereka tersendiri, dinamakan sebagai Be U.
Melalui Be U, ia membolehkan pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi pada Android atau iPhone, dan seterusnya melakukan pendaftaran akaun baharu, serta menambah wang ke dalamnya.

Bank Islam mengatakan mereka menyasarkan Be U ini kepada pengguna generasi muda. Antara ciri yang disediakan adalah termasuk membenarkan baki sifar, fungsi pindahan dana, dan juga ciri menabung untuk sesuatu tujuan.
Disamping itu, Be U juga akan menambah beberapa ciri lain, termasuk penawaran kad debit, pengurusan kewangan peribadi, pembiayaan mikro, takaful mikro dan banyak lagi.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Be U hari ini di Android atau iPhone, dan menggunakannya sebagai salah satu alternatif bank anda untuk pengurusan kewangan.