Aplikasi Twitter Kini Mengeluarkan Bunyi Mencicip Ketika Tarik Untuk Segar Semula

Diterbitkan pada July 17, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter adalah satu perkhidmatan media sosial yang dikira sebagai microblog. Ia cukup popular digunakan oleh orang ramai. Twitter juga sedang hangat dibincangkan di Internet berkenaan Elon Musk, ciri Spaces, ciri berbayar Twitter Blue dan banyak lagi.

Terkini, Twitter telah mengemaskini aplikasi mereka dengan satu lagi ciri baharu yang pada hemat saya sendiri cukup menarik. Ia adalah satu kemaskini kecil, tetapi saya amat sukakannya sehingga saya gunakan ciri ini berkali-kali hanya untuk menikmati kemaskini ini.

Seperti anda sedia maklum, aplikasi Twitter pada Android dan iOS menyokong ciri tarik untuk segar semula. Ciri ini apabila digunakan mempunyai bunyi dan dalam kemaskini terkini, Twitter menggunakan bunyi baharu yang boleh dikatakan seakan burun mencicip.

Twitter mengemaskini ciri ini melalui kemaskini dari bahagian pelayan dan tidak pasti versi manakah yang ia sokong. Pada iPhone saya hanya sedar akan ciri ini selepas dikemaskini, sementara pada peranti Android saya dengan aplikasi Twitter versi percubaan ia sudah boleh digunakan tanpa kemaskini versi baru di Play Store.

komen


© Amanz / 2022 Kami