Cari @ Amanz

Fesyen dan teknologi adalah seperti isi dengan kuku. Pengeluaran mesin memproses kapas pada skala besar ketika Evolusi Industri membuatkan harga kain ini menjadi murah sehingga mampu dipakai orang kebanyakan. Teknologi sekali lagi digunapakai oleh jenama mewah Balenciaga menerusi kerjasama dengan firma audio Bang & Olufsen.

Mereka menghasilkan Speaker Bag yang merupakan sebuah beg tangan bergaya dengan sebuah speaker terbina. Yang menjadikan Speaker Bag unik ialah ia diperbuat daripada satu bongkah aluminium yang kemudiannya diukir untuk menghasilkan beg tangan ini.

Satu bahagian mempunyai ratusan lubang untuk kekisi audio dengan satu lagi bahagian mempunyai ruang untuk meletakkan barang yang dilapik dengan bahan kulit. Berhampiran kawasan pemegang terdapat pada sesentuh untuk mengawal muzik dan tambatan beg kepada peranti pintar.

Menurut Balenciaga, bateri speaker boleh bertahan sehingga 18 jam dengan sekali caj. Speaker Beg ditawarkan dalam warna hitam dan perak dengan hanya 20 akan dijual menerusi butik Balenciaga di Paris tetapi harga tidak diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd