Kemaskini MySejahtera 2.0 Kini Turut Telah Ditawarkan Pada Android

Diterbitkan pada July 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MySejahtera telah memperkenalkan kemaskini pada aplikasi mereka sejak penghujung minggu lepas, dimulakan untuk pengguna iPhone dan Huawei terlebih dahulu. Kini, pengguna Android juga turut sama telah mula menerima kemaskini MySejahtera 2.0.

MySejahtera 2.0 memfokuskan kepada salah satu penambahan utama baharu, iaitu sokongan “Rekod Kesihatan”.

Melaluinya kini pengguna boleh menambah rekod kesihatan mereka, dan turut menggunakan MySejahtera sebagai pasport kesihatan. Ciri lain seperti rekod derma darah, Buku Pink dan lain-lain lagi dijangka akan turut ditambah pada MySejahtera tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baharu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami