Cari @ Amanz

Douyin, iaitu TikTok di China kini menguji sebuah lagi ciri baharu pada aplikasi mereka, iaitu kebolehan tempahan dan penghantaran makanan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperluaskan penawaran TikTok daripada hanya sekadar aplikasi menonton kandungan dan juga edagang, sekaligus meliputi tempahan makanan.

TikTok China Douyin

Menerusi ciri ini yang diuji secara terhad, ia memerlukan sesuatu restoran menggunakan khidmat pekerja sendiri dalam menghantar makanan dan bukannya disediakan oleh pihak TikTok. TikTok sendiri dilihat lebih kepada menyediakan platform sahaja – menghubungkan pengguna dengan restoran.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diimplementasikan secara sepenuhnya atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd