Jepun Hadir Dengan Kotak Tidur Berdiri Untuk Pekerja Lelap Sementara

Diterbitkan pada July 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jepun sedia terkenal dengan budaya kerja yang kuat dan terlebih masa. Mengikut kajian, ia dikatakan pekerja Jepun bertugas lebih 80 jam setiap bulan melebihi waktu kerja biasa mereka. Ini sekaligus mungkin membuatkan pekerja penat dan mengantuk ketika waktu kerja.

Di Jepun, dikatakan terdapat pekerja yang akan ke tandas untuk tidur sementara, yang mungkin tidak begitu sihat. Untuk mengatasinya, kini sebuah firma hadir dengan sebuah kotak tidur secara menegak.

Kotak tidur menegak ini dikatakan memberikan lebih keselesaan untuk seseorang pekerja mengambil rehat sementara – berbanding berehat di tandas dan tempat lain.

Kotak tidur ini hadir dengan ruangan khusus yang menahan kepala, punggung dan lutut dalam memastikan keselesaan dan seseorang itu tidak terjatuh ketika sedang tidur sementara.

Dengan rekaan menegak dan kompak juga, ia dijangka tidak mengambil ruangan yang besar di pejabat, disamping memudahkan seseorang pekerja itu.

Sumber : Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami