Sebelum ini, pada Oktober tahun lalu muncul desas-desus mengatakan sistem operasi, Harmony OS 3.0 sudah sedia untuk dilancarkan. Bercakap lebih lanjut, pelancaran rasmi untuknya kini telah didedahkan dan ia bakal berlangsung pada 27 Julai 2022.
Melaluinya, pelbagai ciri baharu bakal diperlihatkan bagi mengurangkan jurang di antara peranti Android dengan GMS dan peranti Android Huawei yang menggunakan HMS. Ini termasuklah ciri baharu yang merangkumi pengalaman sambungan lebih baik, peningkatan ciri pintar dan antara muka lebih mesra pengguna. Bukan itu sahaja, ia turut memberi tumpuan kepada ciri Super Device dan prestasi sistem operasi lebih baik.
Setakat ini, Huawei sedang menguji HarmonyOS 3.0 untuk para pembangun dan fasa beta tertutup ini telah dibuka sejak Jun lalu. Antara peranti yang menyokong termasuklah siri P50, Mate 40, dan MatePad Pro 12.6 inci (2021). Seperti biasa, sama-sama nantikan pengumuman rasmi kelak bagi melihat penawaran padanya dengan lebih lanjut.