Vivo Y30 5G Mungkin Menggunakan Cip Dimensity 700, Dwi-Kamera Utama

Diterbitkan pada July 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini dilaporkan dalam persediaan untuk pengenalan sebuah peranti baharu di bawah siri Y. Dikenali sebagai Vivo Y30, ia telah ditemui menerusi sejumlah laman persijilan, termasuklah NBTC. Spesifikasi turut telah dikongsi oleh PriceBaba – sekaligus memberi gambaran lebih mendalam mengenai peranti.

Vivo Y30 dikhabarkan lengkap dengan rangkaian 5G terbina melalui penggunaan cip MediaTek Dimensity 700. Selain daripada itu, sistem dwi-kamera utama turut akan digunakan dengan konfigurasi 13MP + 8MP, sementara itu kamera hadapan pula 8MP. Skrin pula sebesar 6.51-inci IPS LCD beresolusi HD+, di samping bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W turut disertakan.

Tiada sebarang tarikh pelancaran rasmi yang diketahui buat masa ini. Harga jualan juga masih menjadi tanda tanya.

komen


© Amanz / 2022 Kami