Ini Pelan Data Berkelajuan Tinggi Pada Harga RM38/Bulan Sahaja 

Diterbitkan pada Ogos 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telefon pintar kini tidak lagi dikira sebagai kemahuan, tetapi ia adalah keperluan kepada kehidupan seharian kita. Tetapi, apa guna beli telefon pintar jika ia tidak mempunyai sokongan internet, bukan? Ia seperti membeli kereta tetapi tidak mengisi minyak. Oleh sebab itu wujudnya pelan-pelan telekomunikasi di pasaran sekarang bagi memenuhi keperluan seharian kita untuk menjadi lebih lancar.

Ini Pelan Telko Permulaan Untuk Penjimatan Yang Anda Perlukan

U Mobile tahun ini telah memperkenalkan pelan pascabayar baharu yang dikenali sebagai U Mobile Postpaid 38. Pengenalan pelan baru ini memberi anda lebih banyak pilihan bagi pakej yang boleh dilanggan dibawah pelan pascabayar. Malah, sekiranya anda sedang bercadang untuk bertukar arah daripada pelan prabayar kepada pascabayar juga, pelan U Mobile Postpaid 38 ini adalah pilihan yang baik untuk dilanggan sebagai permulaan.

Ini kerana, harga langganannya tidaklah terlalu tinggi, iaitu RM38 sahaja untuk setiap bulan. Bagi RM38 ini, anda boleh menikmati kuota internet berkelajuan tinggi 30GB dan panggilan tanpa had ke semua talian. Pakej ini adalah pakej permulaan yang ditawarkan oleh U Mobile dan ia juga bagus untuk dilanggan jika anda sering bergantung kepada sambungan WiFi di rumah dan tidaklah menggunakan data internet dengan berat sepanjang hari.

Menurut U Mobile, penawaran mereka ini merupakan antara pelan permulaan pascabayar yang berbaloi untuk dilanggan bagi suku pertama tahun 2022. U Mobile turut menyatakan bahawa pelan ini menawarkan data internet dengan 3 kali ganda lebih banyak tanpa ada sebarang had kelajuan. Malah jika dibandingkan dengan pelan daripada syarikat telekomunikasi yang lain untuk penawaran yang hampir sama, pelan U Mobile Postpaid 38 ini adalah 50% lebih jimat untuk setiap GB data yang dibeli berbanding yang lain kerana lebih murah walaupun kuotanya lebih banyak.

Untuk masa sekarang, rangkaian internet 5G hanya boleh dinikmati jika anda melanggan pelan dari telekomunikasi yang menyokongnya sahaja. Jadi, anda boleh menikmati kelajuan dan kebolehan 5G ini apabila ia ditawarkan oleh U Mobile secara rasmi kelak dan pelan U Mobile Postpaid 38 adalah antara pelan yang anda patut pilih. Pelan ini juga tidak akan memisahkan kuota internet 4G dan 5G, dan tiada caj tambahan jika anda menggunakan data 5G. Jadi anda boleh menikmati sokongan internet 5G dengan mudah tanpa perlu melanggan pelan 5G secara berasingan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pelan U Mobile Postpaid 38 ini sesuai untuk dilanggan bagi anda yang ingin berjimat dan mencari pelan telko permulaan yang memadai sekadar untuk kegunaan di luar rumah, dalam membuat persediaan untuk menjalani era 5G. Ini kerana anda juga boleh dapatkan pengalaman menggunakan rangkaian 5G melalui langganan ini kerana tiada caj tambahan dikenakan untuknya dan tiada pembahagian kuota bagi internet 4G dan juga 5G. Jadi, anda boleh nikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan lancar, pada harga yang berbaloi bagi pelan dengan penawaran yang memadai. Oleh itu, jangan tunggu lagi dan langganlah pelan U Mobile Postpaid 38 sekarang untuk nikmati internet 30GB berkelajuan tinggi, dengan sokongan rangkaian 5G pada harga hanya RM38 sahaja sebulan.

Penafian : Advertorial daripada U Mobile

komen


© Amanz / 2022 Kami