Realme Bakal Hadir Dengan Monitor Tersendiri – Skrin 23″ Dan Kadar Segar Semula 75Hz

Diterbitkan pada July 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme kini mengorak langkah dengan pelbagai cabang produk termasuk monitor. Ia bakal dilancarkan pada 26 Julai ini dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di India. Reka bentuk untuk monitor berkenaan turut telah didedahkan menerusi laman iklan rasmi.

Ia menunjukkan sebuah monitor bersaiz 23.8-inci dengan bahagian skrin yang digabungkan bersama tapak paparan. Seterusnya, monitor ini turut dipadankan dengan saiz bezel yang nipis pada bahagian atas dan sisi. Menurut Realme, ketebalan bezel tersebut adalah sekitar 6.9mm. Sementara itu, saiz bezel bahagian bawah pula kelihatan agak tebal yang turut menempatkan penjenamaan Realme.

Tidak ketinggalan, monitor ini turut hadir dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 75Hz dengan kebolehan masa tindak balas 8ms. Ini sahaja maklumat mengenai spesifikasi monitor yang dikongsi setakat ini. Bersama-sama dengannya, Realme juga bakal melancarkan sejumlah produk lain termasuklah Realme Watch 3.

komen


© Amanz / 2022 Kami