Xiaomi TV ES Pro 2022 Dilancarkan Dengan 3 Pilihan Saiz Skrin Dan Kadar Segar Semula 120Hz

Diterbitkan pada July 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian televisyen pintar Xiaomi dikemaskini dengan beberapa pilihan model baharu. Dilancarkan di bawah siri Xiaomi TV ES Pro (2022), terdapat tiga pilihan saiz yang ditawarkan iaitu 55-inci, 65-inci dan 75-inci.

Kesemuanya dilengkapi skrin 4K (3840 × 2160 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz dan sudut tontonan sehingga 178 darjah. Beberapa ciri tambahan yang turut disokong oleh televisyen ini merangkumi pensijilan HDR 10, Dolby Vision, MEMC dan banyak lagi.

Seterusnya, cip pemproses empat teras MediaTek MT9617 dengan CPU ARM Cortex-A73 turut digunakan. Memori pula sebesar 3GB RAM dengan padanan storan dalaman 32GB. Ia juga menjalankan sistem operasi Android 11 dan sokongan mikrofon terbina dengan kebolehan kawalan menggunakan suara.

Tidak ketinggalan, sistem pembesar suara dengan output 25W dan sokongan Dolby Audio turut disertakan. Untuk harga, Xiaomi TV ES Pro 2022 dijual di China pada RMB3,599 (~RM2374) untuk 55-inci, RMB4,599 (~RM3,034) pula untuk 65-inci dan RMB7,499 (~RM4,946) untuk 75-inci.

komen


© Amanz / 2022 Kami